Liga Super: Gol Mykola Ahapov Bantu Sri Pahang Atasi Penang
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Sri Pahang berjaya menewaskan Penang untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super yang menyaksikan 5 gol terhasil di Stadium Temerloh.

Zarif Irfan turun selaku penjaga gawang utama Sri Pahang manakala Syazwan Andik, Stefano Bruno, Adam Nor Azlin, Azam Azih, Sergio Aguero, Mykola Ahapov serta Baqiuddin membarisi kesebelasan utama Sri Pahang.

Ad

Penang pula menurunkan pemain-pemain seperti Adib Raop, Syamer Kutty, Nik Akif, Alif Ikmal, Wenzel-Halls serta Wahiey Amir bagi mencari kemenangan penting untuk pasukan.

Ad

Sri Pahang terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Mykola Ahapov pada minit ke-18 dan kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Memasuki separuh masa kedua, Alif Ikmal pantas menyamakan kedudukan apabila menjaringkan gol pada minti ke-48 permainan.

Ad

Sri Pahang yang tersentak dengan jaringan itu kembali meletakkan pasukan dihadapan setelah 10 minit kemudian hasil jaringan daripada Syazwan Andik.

Ad

Penang kemudian berjaya menyamakan kedudukan buat kali kedua apabila Stefano Bruno menjaringkan gol sendiri pada minit ke-64.

Ad

Jaringan kemenangan Sri Pahang dihasilkan oleh Mykola Ahapov yang meledak gol ketiga pasukan pada minit ke-87.

Wisel penamat menyaksikan Sri Pahang berjaya menewaskan Penang dengan jaringan 3-2 dalam aksi yang sengit di Stadium Temerloh.

Sri Pahang kini berada di tangga ke-6 liga setelah mengumpul 29 mata hasil 7 kemenangan, 8 seri dan 9 kekalahan.

Penang pula di tangga ke-10 liga dengan meraih 26 mata hasil 6 kemenangan, 8 seri dan 10 kekalahan dalam 24 aksi Liga Super.

Sri Pahang bakal mengharungi satu lagi aksi penting iaitu perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim pada 26 April kelak.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments