Liga Super: Kemenangan Kedah Terbantut Selepas Diikat Sabah
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Perlawanan Liga Super ini melibatkan pasukan tuan rumah, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang melayan kunjungan Sabah FC sebentar tadi berkesudahan dengan keputusan terikat 1-1.

Aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman ini bermula dengan cukup baik apabila kedua-dua pasukan saling bertukar-tukar serangan.

Kedah tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila seawal minit ke-6 Ronald Ngah berjaya meledak melalui satu tandukan yang mematikan langkah penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat.

Advertisements

Tersentak dengan gol itu, Sabah cuba menggandakan asakan dan peluang terbaik mereka hadir melalui Gary Steven Robbat yang melepaskan rembatan dari luar kotak penalti pada minit ke-38 namun rembatannya sedikit tersasar.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Sabah meneruskan rentak menyerang untuk mendapatkan jaringan penyamaan namun kerap kali digagalkan benteng Kedah yang diketuai Marc Vales.

Advertisements

Sabah hampir menyamakan kedudukan melalui kapten mereka, Baddrol Bakhtiar yang menanduk sepakan sudut yang diambil Saddil Ramdani. Namun tandukan Baddrol sedikit sehaja tersasar.

Hasil serangan bertali arus, Sabah akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-84 melalui Farhan Roslan. Pemain sayap lincah itu berjaya menyambar hantaran menarik dari Saddil Ramdani untuk menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Kedudukan 1-1 itu kekal sehingga wisel penamat ditiupkan dan kedua-dua pasukan terpaksa berpuas hati untuk berkongsi satu mata.

Advertisements

Kedah akan meneruskan aksi Liga Super pada 2 Septermber depan dengan menentang Penang FC manakala Sabah FC akan berhadapan Kuala Lumpur City pada 1 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram