Selepas tamat aksi minggu ke-20, aksi Liga Super diteruskan ke aksi minggu ke-21.
Aksi minggu ke-20 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC, Terengganu FC dan Penang FC mencatat kemenangan.
JDT membelasah juara MFL Challenge Cup 2023, PDRM FC 4-0. Selangor pula melunaskan dendam ke atas Sri Pahang FC dengan meraih kemenangan 2-0 di Stadium MBPJ.
Terengganu pula dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Negeri Sembilan FC 2-0. Penang berpesta gol di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) apabila membelasah Kelantan Darul Naim FC (KDN FC).
Satu-satunya aksi liga yang berakhir dengan keputusan seri ialah aksi Kuching City FC-Perak FC. Ramadhan Saifullah muncul wira dengan meledakkan gol penyamaan pada separuh masa kedua.
Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super
1- Terengganu vs KL City
Tarikh: 14 Februari 2025 (Jumaat)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
2- Sabah vs Sri Pahang
Tarikh: 16 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 8.15 Malam
Venue: Stadium Likas
Siaran Langsung: TV Okey dan RTMKlik
3- Penang vs Kuching City
Tarikh: 16 Februari 2025 (Ahad)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Bandaraya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola