Liga Super: JDT Akhiri Musim Luar Biasa, Kalahkan Kuching City
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan musim Liga Super 2024-2025 dengan cemerlang apabila menewaskan Kuching City pada Rabu.

Aksi di Stadium Negeri menjadi pertemuan yang penting buat Kuching City bagi memburu tempat selaku 3 pasukan terbaik sementara JDT turun dalam perlawanan terakhir Liga Super musim ini.

Kesebelasan utama JDT menjadi tumpuan pada pertemuan ini dengan Syihan Hazmi kembali di pintu gawang manakala Shamie Iszuan dan Kipre Tchetche jadi taruhan Kuching City memburu gol.

Ad

Seawal minit ke-2, pasukan JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil perlawanan, Zuhadi Dzulkifli setelah Arif Aiman dikasari oleh bek kiri Kuching City, Arif Fadzillah di awal aksi.

Tugasan tersebut berjaya disempurnakan dengan cukup baik oleh Bergson untuk mencetak jaringan pertama JDT dan juga gol ke-105 peledak Brazil tersebut dalam sejarah Liga Super.

Ad
Ad

Usaha Kuching City untuk bangkit terbantut seketika setelah pintu gol tuan rumah dibolosi sekali lagi hasil tolakan mudah Romel Morales di minit ke-26 berpunca dari sepakan sudut.

Peluang terbaik dimiliki The Cats bagi menjaringkan gol hadir menerusi rembatan Petrus Shitembi dan larian Shamie Iszuan namun Syihan Hazmi serta bek JDT cemerlang menghalang.

Separuh masa pertama tamat, Kuching City 0-2 JDT.

Kembali dari bilik persalinan, Hector Bidoglio membuat satu pertukaran dengan mengeluarkan ayam tambatan, Bergson ketika mesin gol itu dalam misi menambah jaringan peribadi.

Shamie Iszuan sekali lagi berpeluang cerah untuk membuka tirai jaringan buat Kuching City, akan tetapi percubaan jarak dekat pemain sayap itu berjaya dihadang oleh Syihan Hazmi.

Romel Morales berjaya menanduk masuk jaringan ke-3 JDT namun gol tersebut dibatalkan setelah semakan VAR yang mengesahkan bola terkena tangan Heberty terlebih dahulu.

Pintu gol JDT sekali lagi diuji dengan percubaan oleh Shamie Iszuan yang berhasil dinafikan oleh persembahan hebat oleh Syihan Hazmi membuatkan penyokong Kuching City kecewa.

Aksi di Stadium Negeri berakhir dengan keputusan 2-0 memihak JDT.

Keputusan ini menyaksikan JDT menamatkan aksi Liga Super dengan 70 mata sebagai juara sementara Kuching City yang berada di tangga ke-4 akan bertemu Negeri Sembilan dalam perlawanan terakhir minggu depan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments