Liga Super: JDT Catat Kemenangan Ke-11 Benam Kuching City
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak berdepan masalah untuk meneruskan rentetan kemenangan apabila mudah menewaskan Kuching City.

Anak didik Tano Solari meneruskan rentak cemerlang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi gerakan lincah Fernando Forestieri.

Ad
Sponsors

Pemain kelahiran Argentina itu meneruskan aksi cemerlangnya apabila menghukum kealpaan benteng Kuching City untuk meeldak gol kedua pasukan.

Ad

Kuching City berpeluang untuk memperoleh gol pertama pasukan namun percubaan pemain mereka singgah di bahagian tepi gawang Syihan Hazmi.

Ad

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan terus menggandakan usaha untuk mendapatkan gol ketiga pasukan menerusi percubaan Bergson Da Silva sebelum rembatan Juan Muniz menambah derita anak didik Irfan Bakti.

Ad

Keputusan ini kekal sehingga tamat wisel permainan sekaligus menyaksikan JDT merakamkan kemenangan ke-11 dalam Liga Super.

JDT akan bertemu Sri Pahang bagi aksi berikutnya sementara Kuching City akan ke Cheras bertemu KL City.