Liga Super: JDT Mandi Peluh Sebelum Tewaskan Terengganu FC
Liga Super
Twitter: @officialjohor
Advertisements

Juara Liga Super Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim hari ini bertandang ke Terengganu bagi meneruskan aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. 

JDT bermula garang seawal minit ke-3 permainan menerusi sepakan percuma Safawi. Namun sepakan kencang itu berjaya ditepis keluar penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin. 

Safawi sekali lagi menunjukkan taring pada minit ke-12 permainan apabila rembatannya membahayakan pasukan tuan rumah. Namun rembatan Safawi dihadang pertahanan Terengganu FC.

Advertisements

Terengganu FC yang melakukan beberapa rombakan pemain dilihat sedikit tempang dalam mencari rentak ketika menyerang. Walau bagaimanapun, Terengganu FC sesekali berjaya melakukan asakan.

Pada minit ke-44 permainan, penyerang muda TFC, Muhammad Hakimi Abdullah melakukan satu rembatan tepat ke arah gawang JDT. Namun sepakan beliau dapat diselamatkan Farizal Marlias. 

Shawn Larry berjaya menutup babak pertama perlawanan dengan satu rembatan kencang, sekaligus menghasilkan gol pertama perlawanan dalam masa tambahan.

Advertisements

Masuk babak kedua permainan, Terengganu FC mendapat peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi Lee Tuck pada minit ke-50 permainan. Malangnya rembatan Lee Tuck itu sedikit tersasar.

Perlawanan nampak seimbang dalam separuh masa kedua permainan. Kedua-dua pasukan berjaya mengawal kubu pertahanan masing-masing dengan baik.

Pada minit ke-62 permainan, Bergson mencuba untuk merobek gawang TFC. Namun ketangkasan Suhaimi Husin sekali lagi mengagalkan impian penjaring gol terbanyak itu.

Advertisements

Bergson Da Silva sekali lagi mengegar gawang Terengganu FC pada minit ke-71 permainan apabila tandukannya terkena tiang. Tandukan tersebut merupakan peluang terbaik buat JDT untuk menambah jaringan.

Johor Darul Ta’zim berjaya mendapatkan satu sepakan percuma pada minit ke-80 permainan. Sepakan yang diambil Leandro itu cantik ke bucu tiang gol sebelum ditepis keluar Suhaimi Husin.

Memasuki minit-minit akhir permainan, TFC dihadiahkan sepakan percuma oleh pengadil. Sayangnya sepakan percuma Lee Tuck itu terkena benteng JDT.

Advertisements

Kedua-dua pasukan yang saling mengasak tidak berjaya menambah koleksi jaringan sehingga tamat perlawanan. Terengganu FC tewas 1-0 kepada Johor Darul Ta’zim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram