Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menumbangkan Selangor di Stadium MBPJ.
Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama yang terbaik dalam misi memburu tiga mata penuh.
Selepas setengah jam aksi, penyerang JDT, Romel Morales membuka jaringan pertama pasukan selepas mudah menanduk masuk hantaran daripada Juan Muniz.
Pada minit ke-42 permainan, hasil gerakan cukup ringkas dan mudah daripada Arif Aiman yang melorongkan bola ke Bergson sekaligus menghadiahkan jaringan kedua JDT.
Separuh masa pertama, Selangor 0-2 Johor Darul Ta’zim (JDT).
Pada minit ke-54 permainan, Bergson menambah jaringan JDT menerusi sepakan sudut penalti menewaskan penjaga gol Selangor, Azim Al Amin.
Tiga minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, JDT bawa pulang tiga mata berharga di tempat lawan.
Skuad kendalian Hector Bidoglio ketika ini kekal tangga teratas liga dengan 34 mata, melebarkan jurang 8 mata dengan Selangor.