Liga Super: JDT Mandi Peluh Sebelum Atasi Terengganu
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Mizan Zainal Abidin hari ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Johor Darul Ta’zim. 

Skuad kendalian Nafuzi Zain mempertaruhkan gandingan Nik Sharif, Kpah Sherman dan Faiz Nasir di bahagian serangan sementara JDT turun dengan trio Bergson, Arif Aiman dan Fernando Forestieri. 

Babak pertama perlawanan menyaksikan satu gol berjaya diraih pasukan pelawat menerusi penjaring terbanyak Liga Super, Bergson Da Silva. Ledakan Bergson telah memberi kelebihan buat JDT untuk mendahului aksi separuh masa pertama. 

Advertisements

Statistik perlawanan menyaksikan JDT menguasai permainan dengan 54% sementara Terengganu mencapai 46%. Terengganu berjaya membuat dua percubaan dan JDT mencipta enam percubaan ke gawang lawan. Separuh masa pertama tamat dengan keputusan, Terengganu 0-1 JDT.  

Bersambung aksi separuh masa kedua, JDT berjaya memperoleh jaringan awal. Fernando Forestieri mencatat nama sebagai penjaring menerusi satu rembatan kencang dari luar kotak penalti pada minit ke-47 permainan.

Selang tiga minit selepas jaringan tersebut, pemain gantian Terengganu, Hakimi Abdullah memberi khabar gembira buat kem Terengganu. Percubaan jarak jauh Hakimi menerusi sepakan percuma cantik masuk ke gawang JDT menewaskan Farizal Marlias.

Advertisements

Terengganu dilihat semakin konsisten menyerang untuk menambah jaringan demi mencari gol penyamaan. Gerakan-gerakan tersusun yang diatur pemain Terengganu beberapa kali telah menambah kegusaran di benteng JDT.

Bagaimanapun percubaan-percubaan yang dicipta Terengganu tidak menatijahkan kepada jaringan. Keputusan tamat, Terengganu 1-2 JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram