Liga Super: JDT Menang Tipis Tewaskan Penang
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi Liga Super ini menemukan tuan rumah, Penang FC yang melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT). Perlawanan berkesudahan kemenangan berpihak kepada JDT dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Bandaraya sebentar tadi.

Gol tunggal JDT dijaringkan oleh Fernando Rodriguez.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan penuh oleh JDT dan Penang dilihat lebih fokus untuk bertahan.

Advertisements

JDT hampir di depan pada minit ke-5 melalui Fernando Forestieri namun gol itu tidak dikira kerana ofsaid.

Pasukan Penang dilihat sangat berdisipilin ketika bertahan dan menyukarkan pemain JDT untuk menembusi benteng mereka.

Fernandi Rodriguez mempunyai peluang keemasan pada minit ke-19 selepas beliau menanduk hantaran lintang dari Corbin Ong namun tandukannya berjaya diselamatkan Hafizul Hakim di gawang Penang.

Advertisements

Selepas itu, tiada percubaan merbahaya yang dilancarkan oleh kedua-dua pasukan dan separuh masa pertama ditamatkan dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, penguasaan terus dilakukan oleh JDT dan Penang dilihat menunggu masa terbaik untuk serangan balas.

Penang mempunyai peluang keemasan pada minit ke-50 melalui pemain import mereka Lucas Silva selepas pemain itu menyambar sepakan percuma dari Faizat Ghazli namun berjaya diselamatkan Farizal Marlias.

Advertisements

JDT akhirnya di hadapan pada minit ke- selepas Fernando Rodriguez berjaya menyudahkan hantaran lintang dari Arif Aiman sekaligus menjadikan kedudukan 1-0 memihak JDT.

Serangan JDT tidak terhenti di situ selepas Forestieri hampir menggandakan jaringan pada minit ke-80 namun rembatan jarak dekat beliau berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Penang.

Wisel penamat akhirnya ditamatkan dengan kedudukan kekal 1-0 memihak JDT. Kemenangan ini mengukuhkan lagi kedudukan JDT di takhta Liga Super dengan mengumul 29 mata dan Penang kekal di tangga tercorot liga.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram