Liga Super: Johor Darul Ta’zim Kecewakan Selangor Di Halaman Sendiri
Liga Super
Advertisements

Kedua-dua pasukan bermula baik dengan beberapa gerakan berbahaya dengan pasukan Selangor berjaya mengimbangi kekuatan bahagian serangan Johor Darul Ta’zim.

Gerakan satu-dua Syahmi Safari dan Ifadayo hampir menghukum barisan pertahanan Johor Darul Ta’zim namun tendakan Syahmi sedikit tersasar pada minit ke-16.

Gerakan cantik yang dimulakan Matthew Davies dari sebelah kanan membuahkan hasil apabila hantarannya berjaya disudahkan Bergson Da Silva yang berjaya menanduk kemas bola hantaran berkenaan menjadikan kedudukan 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan kelebihan milik pasukan Johor Darul Ta’zim.

Bersambung babak ke-2 Selangor memperkemaskan bahagian serangan dan beberapa kali melakukan percubaan berbahaya dari sebelah kiri.

Serangan bertali arus Selangor membuahkan hasil menerusi tuisan mudah Ifedayo Olusegun pada minit ke-62 menjadikan kedudukan 1-1.

Advertisements

Bergson hampir menambah jaringan buat JDT namun tandukannya diselamatkan Khairulazhan Khalid sekaligus membuktikan kualitinya sebagai antara penjaga gawang terbaik di Malaysia.

Matthew Davies menambah duka Selangor apabila tendakannya dari luar kotak penalti pada minit ke-79 berjaya menewaskan Khairulazhan.

Sumareh menambah derita pasukan Selangor menerusi jaringan saat-saat akhir perlawanan menjadikan keputusan akhir 1-3 memihak kepada Johor Darul Ta’zim sekaligus memberikan 3 mata penuh buat Harimau Selatan.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim kini gah di tangga teratas Liga Super dengan perbezaan 6 mata selepas pencabar terdekatnya Terengganu tewas 2-0 kepada Melaka United.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram