Liga Super: Kedah Nyalakan Misi Ke Asia, Tewaskan Negeri Sembilan
Liga Super
KDA FC
Advertisements

Hasrat Kedah Darul Aman untuk melangkah ke pentas Asia musim hadapan masih menyala apabila menewaskan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-0.

Skuad kendalian Nafuzi Zain tetap menurunkan kesebelasan terbaik dengan Ifedayo, Amirbek dan Hidalgo mengetuai jentera serangan pasukan.

Kedah tidak menunggu lama untuk berada di hadapan apabila percubaan kencang kapten pasukan, Manuel Ott singgah di penjuru gawang menewaskan Sikh Izhan pada minit ke-12.

Advertisements

Selang dua minit, Sang Kenari menggandakan kedudukan menerusi bintang Tajikistan, Amirbek Juraboev yang mudah menolak masuk bola di hadapan gawang.

Keputusan babak pertama tamat 2-0.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat seakan tidak mampu menyaingi kekuatan Kedah yang beraksi lebih dominan.

Advertisements

Setelah beberapa kali melancarkan percubaan ke gawang lawan, giliran peledak berbisa pasukan, Ifedayo Olesogun mencatat nama selaku penjaring gol ketiga pasukan pada minit ke-52.

Negeri Sembilan juga memilki beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan yang dikemudi oleh Casagrande dan Shahrel Fikri.

Tambahan masa empat minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Kedah ketika ini mengumpul 50 mata selepas 23 perlawanan dan hanya dipisahkan dua mata dengan pasukan tangga kedua liga, Selangor FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram