Liga Super: Kelantan United Benam Kuching City
Liga Super
Kelantan United FC
Advertisements

Kelantan United FC mengakhiri penantian selama dua bulan untuk kemenangan kedua dengan menewaskan Kuching City FC di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu hari ini.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi berbeza hari ini. Kijang Hijau berharap kemenangan kedua dapat diraih bagi meredakan tekanan ke atas jurulatih Ailton Silva.

Sementara Il Gatto pula mahu mengakhiri penantian selama enam bulan untuk meraih kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini.

Advertisements

Begitupun, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada jam 9.00 malam terpaksa ditangguhkan susulan hujan lebat di SSMIV. Melihat keadaan padang semakin baik selepas hujan reda, perlawanan dimulakan sekitar jam 10.30 malam.

Babak pertama menyaksikan Kelantan United mendominasi perlawanan. Bagaimanapun, pasukan pelawat sedikit demi sedikit berusaha mencipta peluang menembusi gawang tuan rumah.

Advertisements

Hasilnya, Abu Kamara berjaya mengatasi cabaran dua pertahanan tuan rumah sebelum menanduk bola melepasi jangkauan Mohd Shahril Saari pada minit ke-42.

Bersambung pada babak kedua, Kijang Hijau menyamakan kedudukan menerusi Ismaheel Akinade selepas mudah menanduk hantaran Syazwan Zainon pada minit ke-48.

Advertisements

Sembilan minit kemudian, giliran OJ Porteria pula mencipta nama sebagai penjaring. Rembatan penyerang Filipina itu terkena pertahanan Il Gatto sebelum menewaskan penjaga gol pelawat, Shaiful Wazizi Mohamad.

Situasi Il Gatto tidak dibantu apabila beberapa pemain mereka dilayangkan kad kuning susulan terjahan keras ke atas pemain Kelantan United. Ini mengakibatkan beberapa pertelingkahan tercetus antara kedua-dua pasukan tetapi berjaya ditenangkan pengadil Mohd Nafeez Abd Wahab.

Advertisements

Aidil membuat beberapa pertukaran dengan harapan dapat mencari gol penyamaan. Bagaimanapun, usaha pelawat tidak berhasil dengan keputusan 2-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini membolehkan Kijang Hijau memintas Kelantan FC dan menduduki tangga ke-12 liga. Sementara Kuching City pula terus terperosok di tangga tercorot.

Selepas ini, Il Gatto akan menghadapi satu lagi aksi tertunda Liga Super menentang PDRM FC pada 10 September ini. Manakala Kelantan United pula memanfaatkan tempoh rehat dua minggu untuk aksi suku akhir Piala Cabaran MFL menentang skuad Kijang pada 18 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram