Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Penang berjaya atasi KL City di laman sendiri dengan keputusan 1-0.
KL City dalam misi memburu tiga mata penuh mengukuhkan kedudukan enam terbaik liga manakala Penang boleh meminta kedudukan tersebut jika menang aksi ini.
Pada minit ke-27 permainan, penyerang muda Penang, Alif Ikmalrizal membuka jaringan pertama pasukan.
Dua minit sebelum tamat aksi, pemain KL City, Rudovic dilayangkan kad merah selepas mengasari pemain Penang.
Tiada jaringan yang dapat dihasilkan pada separuh masa kedua, Penang raih tiga mata berharga di laman sendiri atasi KL City.
KL City ketika ini berada di tangga keenam liga dengan 28 mata dan Penang di tangga kesembilan dengan 26 mata.
Selepas ini, Penang akan berdepan Pahang pada 24 April hadapan, jam 8.15 malam.