Liga Super: KL City Hentikan ‘Win Streak’ Sabah
MakanBola
klcityfootball
Sponsors

KL City FC teruskan rentak kemenangan apabila mudah menewaskan Sabah FC di Stadium Cheras bagi perlawanan kelima Liga Super yang berkesudahan dengan keputusan 2-0. 

Perlawanan terus rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan. 

Ad

Pada minit ke-35, Romal Morales jaring gol pembukaan hasil tandukannya yang berjaya menewaskan penjaga gol Sabah, Khairul Fahmi Che Mat. 

Ad

Selepas empat minit separuh masa kedua bermula, Sabah hampir merapatkan kedudukan menerusi rembatan kaki kiri daripada Park Tae Sung. Namun, bola tersebut tersasar jauh. 

Ad

Kevin Ray Mendoza menjadi wira KL City selepas berjaya menyelamatkan gawang gol daripada dua sepakan tepat berturut daripada pemain Sabah FC, Taiki Kagayama dan Nazirul Naim.

Ad

Pada minit ke-86, kesilapan mudah yang dilakukan pertahanan Sabah, Dominic Tan berjaya diambil peluang oleh Romal Morales untuk menjaringkan gol kedua buat KL City.

Ad

Tiga minit masa kecederaan yang diberikan pengadil tidak dapat mengubah keputusan perlawanan.

KL City berjaya menghentikan kemaraan pasukan Sabah untuk meraih tiga mata berharga kali ini.