Perlawanan saingan Liga Super minggu ini menyaksikan pertembungan diantara KL City dan Kuching City yang berakhir dengan keputusan seri.
KL City turun dengan kesebelasan terbaik dengan menurunkan beberapa pemain yang berpengalaman seperti, Azri Ghani, Paulo Josue dan Brendan Gan.
Sementara Kuching City tampak cukup ampuh dengan diketuai oleh Danial Amier, Tchetche Kipre dan Jordan Mintah.
Perlawanan bermula rancak apabila kedua-dua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.
Seawal 5 minit permainan, pertahanan KL City terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan dan digantikan dengan J. Partiban.
Selepas 12 minit permainan, kapten KL City, Paulo Josue membuka jaringan pertama pasukan.
Pada minit ke-19 permainan, Kuching City berjaya menyamakan kedudukan selepas lorongan bijak dari Tchetche Kipre berjaya disempurnakan oleh Pedro Henrique.
KL City terpaksa beraksi dengan 10 pemain pada minit ke-40 permainan selepas pertahanan kental Adrijan Rudovic dilayangkan kad merah selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-34 permainan.
Separuh masa pertama KL City 1-1 Kuching City.
Pada minit ke-61, Tchetche Kipre dilayangkan kad kuning selepas menyentuh bola dengan sengaja didalam kotak penalti pasukan KL City.
Skuad kendalian Aidil Shahrin terus gagal menjaringkan sebarang gol meskipun mempunyai kelebihan dengan 11 pemain berbanding KL City.
Empat masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.
Selepas ini, KL City akan bertemu Johor Darul Ta’zim pada 25 Mei ini. Manakala Kuching City melayan kunjungan Sri Pahang pada 19 Mei ini.