Liga Super: Kuching City Pamer Bisa Tundukkan KL City Kali Kedua
MakanBola
KL City FC

Kuching City mempamerkan aksi berbisa apabila berjaya menewaskan cabaran KL City dalam saingan Liga Super di Stadium Negeri Sarawak.

Sebelum ini Kuching City mencatat keputusan seri ketika melawan KL City di Stadium Cheras dan turut pernah menyingkirkan KL City 3-2 dalam saingan Piala FA 2024/2025.

Ad

Aidil Sharin menurunkan barisan pemain hebat seperti James Okwuosa, Yuki Tanigawa, Ramadhan Saifullah, Danial Amier, Moses Atede dan Tchetche Kipre.

Ad

KL City pula mempertaruhkan nama pemain seperti Azri Ghani, Kamal Azizi, Ryan Lambert, Giancarlo Gallifuoco, Brendan Gan, Haqimi Azim dan Paulo Josue selaku kapten pasukan.

Kuching City pantas membuka tirai jaringan seawal minit pertama perlawanan apabila Giancarlo Gallifuoco menjaringkan gol sendiri.

Ad

KL City cuba untuk bangkit tetapi gagal membolosi gawang gol Kuching City yang dijaga rapi oleh Azraie.

Ad

Kuching City kemudian berjaya menggandakan jaringan apabila Petrus Shitembi menghadiahkan gol kedua pasukan sebelum tamat aksi separuh masa pertama.

Ad

Bersambung babak kedua, KL City cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan sepakan penalti oleh Paulo Josue pada minit ke-62.

Tetapi Kuching City pantas membalas dengan gol ketiga enam minit kemudian menerusi Tchetche Kipre yang menyempurnakan sepakan penalti untuk Kuching City.

Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Kuching City meraih tiga mata berharga ke atas KL City dalam aksi Liga Super.

Kuching City kini berada di tangga ke-5 liga berkongsi 18 mata bersama Terengganu yang berada di kedudukan ke-4 liga manakala KL City berada di tangga ke-9 liga dengan mengumpul 14 mata.

Kuching City akan melawan Sri Pahang pada 2 November kelak di Stadium Temerloh bagi saingan Liga Super.