Aksi LS16 Liga Super Malaysia membabitkan pertembungan antara pasukan Selangor dan Negeri Sembilan.
Beraksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Selangor mencatat kemenangan kesepuluh selepas menewaskan pasukan tuan rumah.
Selangor hadir menerusi jaringan pembukaan pada minit ke-15 menerusi jaringan pemain tengah Aliff Haiqal Luqman Hakim Lau. Alif menerpa hantaran yang dilakukan Ali Olwan untuk gol pertama perlawanan.
Alvin Fortes menambah duka pasukan pelawat untuk jaringan kedua Selangor menerusi sepakan percuma. Sepakan yang diambil Fortes gagal diselamatkan penjaga gol Negeri Sembilan, Taufiq Ar Rashid sekaligus menutup aksi di separuh masa pertama dengan keputusan 2-0.
Pada babak kedua perlawanan, Selangor hadir dengan jaringan tambahan menerusi Quentin Cheng. Pada minit ke-48 permainan, rembatan kencang dari sebelah kanan dari Quentin telah terkena palang dan masuk ke gawang lawan.
Malam gemilang Selangor di Stadium Paroi ditutup dengan gol yang dijaringkan Yohandry Orozco selepas beliau memanfaatkan hantaran daripada Aliff Haikal.
Kekalahan 4-0 keatas pasukan Selangor ini menyaksikan Negeri Sembilan kini di kedudukan terakhir dalam liga dengan hanya enam mata diraih skuad kendalian K. Nanthakumar. Selangor pula menghuni tangga kedua dengan 32 mata diraih selepas 15 perlawanan.