Liga Super: Penalti & Gol Batal Warnai 3 Mata Kedah, Atasi Terengganu
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Aksi minggu 13 Liga Super menyaksikan Kedah Darul Aman menundukkan Terengganu dengan keputusan 1-0.

Skuad kendalian Nafuzi Zain turun dengan momentum terbaik apabila barisan pemain seperti Ifwal Akmal, Sony Norde, Syafiq Ahmad dan juga Clayton diturunkan.

Sang Peteh membariskan nama-nama besar seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Safwan Mazlan dan juga Azam Azmi dalam kesebelasan utama.

Ad

Pertembungan separuh masa pertama menyaksikan peluang terbaik tuan rumah hadir pada minit ke-14 menerusi sepakan percuma namun berjaya ditumbuk keluar oleh Suhaimi Husin.

Ad

Peluang terbaik Terengganu hadir menerusi rembatan Ismaheel Akinade pada minit ke-24 namun berjaya dinafikan oleh Ifwat Ikmal serta-merta.

Drama bermula selepas jaringan awal Sony Norde dibatalkan kerana ofsaid sebelum sepakan penalti tidak diberikan kepada Terengganu hasil semakan VAR.

Ad
Ad

Clayton muncul wira babak pertama apabila meledak gol menerusi tandukan pada akhir minit.

Ad

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak Kedah.

Bersambung babak kedua, Kedah menggandakan asakan dan hampir menambah jaringan menerusi tandukan Syafiq Ahmad.

Percubaan Alif Zakaria juga melambung tinggi sambil beberapa pertukaran tidak membuahkan hasil.

Dua rembatan deras daripada pemain gantian Terengganu, Chukwu Chijioke tidak tepat ke sasaran sungguhpun menghadirkan ancaman sejak masuk pada babak kedua.

Tambahan masa 8 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Kemenangan ini membolehkan Kedah melonjak dua tangga ke kedudukan ke-9 liga sementara Terengganu kekal di tangga ketiga.

Aksi minggu ke-14 bakal menyaksikan Kedah melayan kunjungan PDRM pada 25 Oktober sementara Terengganu akan ke Manjung bagi menentang Perak.