Liga Super: Perak Raih Kemenangan Sulung, Dua Gol Lee Tae-Min Tumbangkan Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman
Sponsors

Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Kedah dan Perak di Stadium Darul Aman berakhir dengan keputusan 2-0.

Skuad kendalian Yusri Che Lah ketika ini dalam misi memburu kemenangan pertama saingan Liga dengan menurunkan beberapa barisan terbaik seperti Wan Zack Haikal dan Luka Milunovic. 

Ad

Sementara Kedah mahu bangkit  mencari kemenangan kedua aksi Liga selepas tewas kepada Selangor minggu lepas. Skuad kendalian Nafuzi Zain memberi tanggungjawab kepada Milos Gordic, Sony Norde dan Syafiq Ahman berada di barisan menyerang.

Ad

Perlawanan bermula rancak apabila kedua dua buah pasukan cuba untuk menguasai perlawanan. Kedah berjaya membuat dua cubaan tepat seawal 10 minit permainan. 

Pada minit ke-17 permainan, penyerang Korea Selatan, Lee Tae-min membuka jaringan pertama pasukan selepas mudah menyempurnakan hantaran bijak daripada rakan sepasukan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)

Ad

Separuh masa pertama tamat, Kedah 0-1 Perak.

Ad

Pada minit ke-58, pemain import Kedah, Sukhrob Nurulloev hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan sudut dari luar kotak penalti, namun bola terkena tiang gol.

Beberapa pertukaran dibuat oleh Nafuzi Zain, dengan memasukkan Faiz Nasir, Ebener Assifuah dan Fadzrul Daniel menggantikan Milos Gordic, Halim Saari dan Sukhrob Nurulloev pada minit ke-71 permainan.

Pada minit ke-77 permainan, Lee Tae-min menggandakan jaringan kedua buat Perak selepas serangan balas yang direncana oleh Wan Zack Haikal dan Luka Milunovic.

7 minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Perlawanan tamat Kedah 0-2 Perak.

Selepas ini, Kedah akan berdepan Bukit Tambun pada 14 Jun dan Perak akan menentang Terengganu pada 15 Jun ini bagi aksi pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia