Sabah FC meneruskan rentak cemerlang bagi saingan musim 2023 apabila melakar kemenangan bergaya ke atas Kelantan United.
Anak didik Dato’ Ong Kim Swee mempamerkan aksi terbaik di laman sendiri sungguhpun menerima cabaran hebat pasukan dari Pantai Timur tersebut.
The Rhinos tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan menerusi ledakan penyerang berbisa, Darren Lok.
Gol kedua hadir pula tatkala asakan bertali arus dan tandukan Park Tae-su mengukuhkan kedudukan tuan rumah selang 4 minit.
Bersambung babak kedua, giliran Telmo Castanheira menjaringkan gol pertamanya untuk Sabah dengan menanduk masuk umpanan cantik Daniel Ting.
Anak didik Tomas Trucha seakan tidak mampu menyaingi kudrat Sabah yang gah dengan sokongan padu para penyokong di laman sendiri.
Kelantan United memperoleh gol saguhati menerusi sepakan peruma kapten pasukan, Indra Putra pada babak akhir permainan.
Keputusan ini kekal sehingga tamat wisel penamat sekaligus menyaksikan Sabah terus gah berada di persada liga.