Liga Super: Sabah Kukuhkan Kedudukan,  Atasi PDRM
MakanBola
PDRM FC

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah berjaya menewaskan PDRM di Stadium Likas dengan keputusan 1-0. 

Sabah dalam misi memburu tiga maya penuh beraksi di laman sendiri sementara PDRM dalam momentum terbaik selepas menang dalam perlawan sebelum ini menentang Negeri Sembilan.

Sabah membuka jaringan pertama menerusi pemain pertahanan, Dominic Tan pada minit ke-42 permainan. 

Ad

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan berpihak kepada tuan rumah, Sabah 1-0 PDRM FC.

PDRM memasukkan penyerang berbisa, Ifedayo Olusegun dengan menggantikan Safiee Ahmad pada minit ke-58 permainan bagi memantapkan jentera serangan pasukan.

Ad

Sabah hampir menggandakan jaringan kedua pasukan menerusi sepakan penalti Saddil Ramdani, namun selepas semakan VAR jaringan tersebut dibatalkan serta merta. 

Keputusan kekal hingga tamat permainan, Sabah berjaya raih tiga mata berharga di laman sendiri atasi PDRM. 

Skuad kendalian Martin Stano ketika ini berada di kedudukan ketiga Liga dengan 39 mata berbeza tiga mata dihadapan Kuching City. 

Selepas ini, Sabah akan bertemu Kedah pada 12 April ini dan PDRM akan berdepan Selangor pada 19 April nanti.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments