Liga Super: Selangor Belasah Kuching City
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Selangor mencatat kemenangan kedua dalam Liga Super musim ini. Ini selepas mereka membelasah Kuching City 5-0 di Stadium Negeri Sarawak hari ini.

Turun sebagai pasukan pelawat, anak-anak buah Tan Cheng Hoe membuka jaringan menerusi pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh selepas menerima hantaran pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung pada minit keempat.

Tersentak, anak-anak buah Irfan Bakti cuba bangkit tetapi mereka dibolosi lagi buat kali kedua menerusi penyerang Colombia, Ayron Del Valle. Del Valle membuktikan ketajamannya di depan gol dengan melepaskan sepakan leret menewaskan penjaga gol Norazlan Razali pada minit kesembilan.

Advertisements

Kuching City hampir merapatkan kedudukan menerusi Sirojiddin Kuziev beberapa minit selepas itu. Tetapi tandukan bek tengah Uzbekistan itu tidak menepati sasaran.

Selangor mampu mendominasi perlawanan disebabkan tahap kecergasan yang tinggi. Dan ini menyebabkan tuan rumah sukar bersaing dengan keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Selepas rehat, pertahanan Kuching City dibolosi lagi menerusi gol ketiga Noor pada minit ke-48. Ini mendorong Irfan mengarahkan anak-anak buahnya memperkemaskan rentak jika tidak mahu menjadi mangsa belasahan Gergasi Merah.

Advertisements

Pada minit ke-57, barulah penjaga gol Merah Kuning, Khairul Azhan Khalid beraksi apabila menafikan percubaan Il Gatto daripada menembusi gawangnya. Dengan Selangor selesa di hadapan, Cheng Hoe memasukkan Mukhairi Ajmal menggantikan Noor pada minit ke-60.

Selangor menambah gol keempat menerusi kapten Brendan Gan pada minit ke-65. Selepas menerima hantaran Mukhairi, Faizal melarikan bola daripada Norazlan sebelum menghantarnya semula kepada Brendan. Bekas pemain Perak itu mudah menolak bola dalam gawang yang kosong.

Danial Asri menambah derita tuan rumah menerusi gol pada minit ke-73. Mukhairi membuat satu dummy selepas menerima hantaran Zikri Khalili sekaligus memudahkan Danial melepaskan rembatan menewaskan Norazlan.

Advertisements

Tuan rumah cuba mendapatkan gol saguhati tetapi keputusan 5-0 kekal sehingga tamat perlawanan. Dengan keputusan ini, Selangor menduduki tangga kedua liga dengan kelebihan jaringan. Manakala Kuching City pula berada di tangga keenam liga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram