Liga Super: Selangor Pamer Taring Berbisa, Mudah Tundukkan Negeri Sembilan
MakanBola
Selangor FC
Sponsors

Perlawanan saingan Liga Super malam ini menyaksikan pertembungan diantara Selangor dan Negeri Sembilan di Stadium MBPJ, Petaling Jaya berakhir dengan keputusan 4-0.

Skuad kendalian Nidzam Jamil menurunkan barisan sama seperti perlawanan lepas dengan jentera serangan pasukan diketuai oleh Alvin Fortes dan juga Ronnie Fernandez.

Ad

Sementara Negeri Sembilan pastinya memburu kemenangan pertama dalam saingan Liga Super musim ini.

Ad

Perlawanan bermula rancak apabila kedua buah pasukan cuba untuk menguasai permainan.

Pada minit ke-31, Mukhairi Ajmal hampir menjaringkan gol pembukaan buat Selangor, namun penjaga gol Negeri Sembilan lebih bersedia.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 0-0 Negeri Sembilan.

Ad

Selangor bermula garang apabila pada minit ke-49 jaringan Orozco dibatalkan kerana penyerang Selangor, Alvin Fortez berada di kedudukan offsaid selepas disahkan oleh Virtual Assistant Referee (VAR).

Ad

Pada minit ke-57, penyerang berbisa Selangor, Ronnie Fernandez berjaya membuka jaringan menerusi rembatan deras ke arah gawang gol selepas menerima lorongan mudah daripada Noor Al-Rawabdeh.

Selang 10 minit permainan, Selangor menggandakan jaringan menerusi arkitek tengah, Noor Al-Rawabdeh menjaringkan gol kedua pasukan. 

Pada minit ke-76, Orozco akhirnya mencatat nama sebagai penjaring ketiga Selangor sekaligus menjarakkan lagi kedudukan jaringan.

Selangor menambah derita Negeri Sembilan, pemain muda Jordan, Reziq menjaringkan gol keeempat pasukan pada minit ke-92 masa tambahan.

Selepas ini, kedua buah pasukan ini akan bertemu semula bagi aksi pusingan 16 terbaik saingan Piala FA pada 15 Jun ini jam 5.30 petang.