Liga Super: Terengganu Catat Kemenangan Pertama Atasi PDRM
Liga Super
PDRM FC
Advertisements

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Terengganu menentang PDRM.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin menyaksikan pasukan Terengganu berjaya mencatat kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2023.

Babak separuh masa pertama berakhir dengan tiada jaringan dihasilkan. Kedua-dua pasukan saling mengasak namun Skuad Peteh dilihat lebih mendominasi permainan apabila banyak serangan dilancarkan ke kubu pasukan pelawat.

Advertisements

Beberapa serangan Terengganu dihalang dengan kecekapan penjaga gol PDRM, Ramadhan Ab Hamid.

Bagaimanapun ketangkasan Ramadhan tak kekal lama apabila penjaga gol PDRM itu dilayangkan kad merah oleh pengadil. Beliau telah melakukan kekasaran kepada pemain lawan di luar kotak penalti sekaligus memaksa pengadil mengarahkan Ramadhan keluar padang.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat dengan keputusan 0-0.

Bersambung babak kedua, perlawanan semakin rancak apabila PDRM dilihat lebih banyak bertama sementara Terengganu memanfaatkan kelebihan bermain dengan 11 orang.

Advertisements

Tonggak pertahanan Terengganu akhirnya menjadi wira pasukan apabila beliau berjaya menyempurnakan hantaran sepakan penjuru Hairiey Hakim. Jaringan Sardor Kulmatov pada minit ke-76 permainan telah melengkapkan malam gemilang buat Terengganu.

Jaringan tersebut sekaligus membawa kemenangan buat Terengganu malam ini. Enam minit masa tambahan tak mengubah keputusan perlawanan, Terengganu berjaya atasi PDRM dengan keputusan 1-0.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram