Liga Super: Terengganu Tamatkan Musim Dengan 3 Mata, Atasi Kedah
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Terengganu berjaya menewaskan cabaran Kedah Darul Aman di gelanggang keramat Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin dalam aksi terakhir saingan Liga Super.

Terengganu mempertaruhkan barisan pemain terbaik seperti Shahrul Nizam, Nurillo Tukhtasinov, Akram Mahinan, Engku Nur Shakir, Azam Azmi, Akhyar Rashid serta Syahmi Zamri.

Ad

Kedah turut tidak memandang rendah cabaran Terengganu dengan menurunkan pemain seperti Milos Gordic, Wan Amirul, Aiman Afif, Ariff Farhan dan Amirul Hisyam Awang.

Ad

Aksi babak pertama bermula seimbang antara kedua-dua pasukan yang cuba mendapatkan rentak permainan masing-masing.

Namun memasuki penghujung perlawanan Terengganu akhirnya berjaya membolosi gawang gol Kedah menerusi jaringan Safawi Rasid yang pantas menyudahkan bola hantaran Engku Nur Shakir.

Ad

Aksi separuh masa pertama tamat dengan Terengganu mendahului Kedah Darul Aman dengan jaringan 1-0.

Ad

Memasuki babak kedua, giliran Ubaidullah Shamsul mencetak nama selaku penjaring gol apabila menanduk masuk gol kedua Terengganu pada minit ke-74.

Ad

Terengganu sekali lagi meraih jaringan menerusi gol daripada Nurillo Tukhtasinov ketika perlawanan memasuki masa tambahan.

Gol ketiga Terengganu mematikan harapan Kedah untuk bangkit sekaligus mengesahkan kemenangan Terengganu di laman sendiri.

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Terengganu yang berjaya mengalahkan Kedah Darul Aman 3-0.

Terengganu menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ke-5 setelah mengutip 35 mata manakala Kedah pula berada di tangga ke-11 liga dengan meraih 21 mata.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments