Liga Super: Terengganu Terkulai Layu Dibedil Sri Pahang
MakanBola
Sri Pahang FC
Sponsors

Pertembungan antara dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Sri Pahang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada pasukan pelawat.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi meraih 3 mata sementara Sri Pahang mahu mengekalkan rekod tanpa kalah.

Ad

Pada babak pertama, aksi berlangsung seimbang dengan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan namun peluang terbaik yang dimiliki oleh anak didik Fandi Ahmad dinafikan Suhaimi Husin.

Ad

Peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila sepakan percuma oleh Stefano Brundo ditumbuk dengan kurang kemas oleh Suhaimi sebelum ditolak masuk dengan mudah oleh Kpah Sherman.

Tidak lama kemudian, rembatan Ivan Mamut kembali menceriakan penyokong Terengganu untuk mengikat kedudukan 1-1.

Ad

Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan memiliki peluang untuk menambah jaringan namun perancang tengah Tok Gajah, Azam Azih melepaskan rembatan jarak jauh untuk gol kedua pelawat.

Ad

Ivan Mamut sekali lagi mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan pada babak akhir permainan.

Terengganu akan bertemu Sabah manakala Sri Pahang akan menentang Penang bagi aksi berikutnya.