Liga Wanita Nasional: Selangor Dikecewakan LMS Tigress
UltraSukan
FA Malaysia
Sponsors

Selangor FC gagal mengutip kemenangan kedua musim ini apabila tewas tipis 1-0 kepada LMS Tigress dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional (LWN).

Selepas terikat 1-1 dalam aksi kedua LWN sebelum ini, kedua-dua pasukan pastinya mahu perlawanan ini berakhir dengan noktah kemenangan.

Ad
Sponsors

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol.

Ad

Begitupun, ketumpulan serangan kedua-dua pasukan memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, LMS Tigress menggandakan asakan bagi memburu gol kemenangan.

Ad

Gol yang dicari anak-anak buah Fairuz Mohd Noor akhirnya muncul pada minit ke-70 menerusi pemain kebangsaan, Jaciah Jumilis.

Ad

Barisan Merah Kuning berusaha mencari gol penyamaan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Ad

Keputusan ini menyaksikan LMS Tigress di tangga kelima dengan tujuh mata. Sementara Selangor pula di tangga tercorot LWN dengan enam mata.