“Lihat Badan Dia, Dia Kuat Seperti Mesin” – Mano Polking
Asia
changsuek
Advertisements

Kemenangan 3-1 Thailand ke atas Singapura dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 semalam memperlihatkan beberapa pemain Thailand menunjukkan aksi memukau.

Antara pemain yang mempamerkan permainan yang berkualiti adalah Suphanat Mueanta, Teerasil Dangda dan Supachok Sarachat.

Suphanat berjaya meledak dua jaringan, abangnya, Supachok menjaringkan satu gol manakala Teerasil telah menghasilkan dua bantuan gol.

Advertisements

Mengulas kemenangan berharga Thailand, jurulatih mereka, Mano Polking teruja dengan apa yang beliau lihat ke atas Suphanat yang dilihat semakin kuat selepas berhijrah ke Belgium.

“Suphanat telah meningkat begitu banyak sejak dia berhijrah ke Liga Belgium. Lihat badan dia, dia kuat seperti mesin.

Advertisements

“Saya memaksa beliau bermain dia di sayap kanan, tetapi dia membuktikan dirinya mampu apabila bertahan dan menyerang dalam masa yang sama serta mempunyai kualiti penyudah,” jelas Polking kepada media.

Suphanat kini beraksi bersama OH Leuven di Liga Belgium dengan status pinjaman berserta opsyen untuk dibeli. Sehingga kini, Suphanat sudah beraksi tiga kali bersama skuad utama dan satu kali aksi bersama skuad bawah 23.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram