Busdesliga kembali secara rasmi hari ini setelah berehat hampir 3 bulan dengan beberapa perlawanan kembali berlangsung.
SOP penjarakan sosial diamalkan dengan baik dan kadang-kala kelihatan agak melucukan.
Walaubagaimanapun penjarakan sosial hanya berlaku sebelum perlawanan dan ketika meraikan jaringan. Sewaktu sepakan percuma dan ketika perlawanan berlangsung penjarakan sosial ini tidak berlaku.

Mana mungkin penjarakan sosial boleh diamalkan untuk ketika perlawanan Bola Sepak sedang berlangsung.
Diharapkan pemain mencuci tangan dan tubuh badan selepas perlawanan tamat.