Lim Teong Kim: Bakat Muda Tidak Akan Berjaya Jika Ada Yang Lepas Tangan
Dunia
Advertisements

Bekas pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim menegaskan dalam satu temubual mengenai nasib pemain-pemain muda yang dihasilkan oleh negara bakal terjejas sekiranya semua pihak tidak memainkan peranan yang penting untuk melindungi, menjaga dan memastikan bahawa perkembangan permainan mereka berjalan dengan lancar.

Berdasarkan kenyataan beliau bersama The Bola Bola Show, beliau percaya peranan semua pihak perlu dalam menjayakan misi penting untuk membantu perkembangan pemain-pemain muda ini agar dapat dikembangkan potensinya semaksimum mungkin.

Beliau turut menjelaskan situasi berbeza yang dihadapi oleh negara kita dalam mengembangkan struktur bola sepak di sini berbanding negara asia tenggara yang lain.

Advertisements

“Kita boleh lihat bagaimana perkembangan bola sepak di Asia Tenggara, bagaimana yang berlaku di UAE.”

“Kita tidak boleh hanya menilai berdasarkan prestasi pasukan Asia Tenggara sahaja, saya boleh katakan kita semua setara, yang membezakan hanyalah siapa yang mempunyai hari yang lebih baik maka mereka akan memenangi perlawanan.”

Pengendali berusia 57 tahun itu menegaskan bahawa kita sudah perlu melihat kepada skop yang lebih besar terutamanya melibatkan penampilan pemain muda di pentas antarabangsa.

Advertisements

“Kita perlu melihat kepada realiti, adakah pemain muda kita mendapat minit permainan ketika beraksi buat pasukan negara?”

“Kita perlu mengambil pengajaran daripada apa yang terjadi pada Singapura, bagaimana keadaan terjadi setelah pemain asing meninggalkan mereka.”

Menurutnya lagi, pemain muda seharusnya diberikan lebih pendedahan di peringkat antarabangsa sambil menegaskan perlunya kepada perlawanan-perlawanan kelas A seperti bertemu dengan pasukan Timu Tengah, Korea, Jepun dan juga China. Di samping itu, kita perlu sedar bahawa sudah tiba masanya untuk bergerak ke ‘next level’ serta tidak hanya bergantung kepada perlawanan di peringkat Asia Tenggara sahaja.

Advertisements

“Kita pastinya akan kalah bertemu mereka tapi itu tidak mengapa, yang paling penting kita belajar dari kekalahan.”

Lim Teong Kim juga merasakan bahawa FAM tidak seharusnya risau terhadap kekalahan bertemu pasukan yang lebih kuat, sebaliknya boleh mencontohi usaha yang dilakukan oleh negara-negara seperti Finland, Scotland dan lain-lain dalam usaha memajukan bola sepak di negata masing-masing.

Malah, jurulatih kelahiran Melaka itu turut menegaskan penggunaan pemain asing (naturalisasi) hanyalah sebagai pelan jangka pendek yang akhirnya tidak dapat memanfaatkan bakat-bakat sedia. Kesannya, kita juga terpaksa bergantung kepada pemain tempatan namun tidak dapat memperoleh yang terbaik daripada persembahan mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram