Ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim lega dengan perubahan mendadak yang dipamerkan oleh anak buahnya ketika menentang Sabah.
Pengendali berusia 59 tahun itu bagaimanapun terpaksa akur apabila skuad bimbingannya masih gagal mencatatkan kemenangan pada aksi Liga Super ke-12.
Beliau mengakui bahawa pasukannya sukar untuk menandingi kehebatan pemain Sabah pada babak pertama terutamanya menerusi kepantasan serangan balas pasukan lawan.
Bekas jurulatih skuad muda Bayern Munich itu bagaimanapun mampu menarik nafas lega menerusi perubahan yang ditampilkan oleh anak buahnya memasuki babak kedua permainan.
“Kita dapat lihat apabila berlakunya pertukaran cara bermain dan juga pemain, pasukan kita beraksi lebih menyerang.”
“Pemain Sabah pula banyak melakukan off the ball running yang menyukarkan kita namun separuh masa kedua kita sudah tukar strategi kita bermain.”
Pertukaran pemain jelas menjadi kunci kepada keampuhan Perak yang berjaya meledak satu gol sungguhpun tewas.
“Pada separuh masa kedua kita dapat lihat perubahan dalam corak permainan kita untuk lebih mengawal bola,” jelasnya kepada Astro Arena.
Kekalahan ke-7 The Bos Gaurus menyaksikan mereka berada pada tangga ke-11 liga setakat ini dengan hanya mengumpul 9 mata.