Lim Teong Kim Perjelas Insiden Ketika Bertemu JDT
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Sejak kontroversi Datuk Lim Teong Kim bersikap acuh tak acuh terhadap media selepas perlawanan menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini, pelbagai reaksi timbul termasuk daripada penyokong, media dan pengurusan pasukan Perak.

Susulan itu, pengurusan The Bos Gaurus telah memohon maaf atas apa yang berlaku. Dan bagi memastikan isu ini tidak berlarutan, Teong Kim menggunakan sidang media pasca-perlawanan KL City menentang Perak semalam bagi menjelaskan keadaan pada malam itu.

“Tak ada. Seperti yang saya kata, sesiapa yang berada di stadium (mahupun) yang menonton di rumah boleh dengar dan lihat bahawa pasukan JDT sedang meraikan (kemenangan mereka). Keadaan di stadium ketika itu agak riuh.

Advertisements

“Wartawan itu yang tanya saya, saya memang tak dengar, saya tak boleh. Jadi, saya kata, ‘Can’t hear you.’ Dan anda boleh lihat orang yang berdiri di belakang kamera dengan ‘earphone’ pun kata, ‘Pergi rapat sikit’ pada wartawan itu.

“Apabila dia pergi rapat kepada saya, baru saya boleh dengar soalan yang dia tanya pada saya. Saya tidak ada niat sekalipun untuk menghina atau memperkecilkan sesiapa. Tak mungkin! Saya bukan jenis orang yang menghina atau memperkecilkan sesiapa. Tidak, saya bukan orang begitu.

“Tetapi jika saya menghina seseorang, saya hanya boleh katakan saya mohon maaf, itu saja,” katanya kepada MakanBola.

Advertisements

Permohonan maaf tersebut dilihat dapat meredakan suhu panas yang naik akibat kontroversi berkenaan. Tetapi dengan satu lagi kekalahan dialami The Bos Gaurus semalam di tangan KL City, ia menambah tekanan kepada posisi Teong Kim sebagai jurulatih Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram