Lim Teong Kim Tuntut Tunggakan Gaji Dari Perak
Liga Super
Flash Sukan
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim melakukan tuntutan terhadap bekas majikannya berhubung tunggakan gaji yang masih belum dilangsaikan.

Pengendali berusia 59 tahun itu dibawa masuk oleh The Bos Gaurus namun tidak bertahan lama susukan prestasi yang kurang memberangsangkan pada separuh musim pertama Liga Super.

Sungguhpun beraksi dengan baik, ia masih tidak dapat menjamin tempat bekas jurulatih skuad muda Bayern Munich apabila terpaksa melepaskan jawatan tersebut.

Advertisements

Perkara ini bagaimanapun masih belum terlerai apabila Perak difahamkan masih berhutang dengan Teong Kim.

Menerusi laporan oleh Astro Arena, Jabatan Perhubungan Perusahaan Perak kini bertindak selaku badan pendamai antara pihak Teong Kim dan juga Perak FC.

“Perak menuntut baki gaji dalam kontrak selama 24 bulan,” ujar wartawan Astro Arena, Karl Nunis.

Advertisements

Beliau juga difahamkan diwakili oleh peguamnya iaitu Adam Yap berhubung isu pemecatan tidak sah di bawah seksyen 20 (1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Kini, segala proses sedang berjalan sementara keputusan penuh akan diketahui kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram