Liga Super
Piala Sumbangsih/Malaysia Football League
Advertisements

Saingan Liga Malaysia bakal bermula tidak lama lagi. Dengan Piala Sumbangsih sah milik Johor Darul Ta’zim, ramai tidak sabar menantikan saingan liga bermula. Berikut beberapa perpindahan yang menarik perhatian peminat dan pemerhati bola sepak negara.

1- Fernando Forestieri

fernando forestieri sheffield wednesday steve ellis yorkshire post Lima Perpindahan Menarik Liga Malaysia

Penyerang Itali berpengalaman ini menempa nama di Serie A. Tetapi di Liga Kejohanan, namanya mula dikenali bersama Watford dan Sheffield Wednesday. Dianggap gandingan terbaik untuk penyerang Johor Darul Ta’zim, Bergson da Silva.

Advertisements

Selagi mana Forestieri boleh menjaringkan gol dan mengelak daripada terjebak dengan kontroversi, ia dianggap pembelian baik untuk Harimau Selatan. Beliau telah membuktikan ketajamannya dengan menjaringkan gol dalam perlawanan Piala Sumbangsih baru-baru ini.

2. Declan Lambert

Lahir di Kuala Lumpur, bekas pemain Den Bosch ini merupakan pemain berdarah Australia-Malaysia. Dengan menyertai KL City, beliau bergandingan semula dengan kembarnya Ryan Lambert. Berupaya beraksi di setiap posisi pertahanan dan tengah bertahan, jika Lambert mempamerkan prestasi konsisten sepanjang musim, beliau boleh menjadi aset kepada KL City dan Harimau Malaya.

Advertisements

3. Baha Abdelrahman

Sebaik namanya diumumkan sebagai pemain import baru Selangor FC, ramai menyangka ia perpindahan berisiko. Tetapi Baha mempunyai 133 penampilan antarabangsa bersama Jordan dan tenang mengawal bahagian tengah – bonus buat kapten Brendan Gan. Pengalaman beliau dijangka ditagih jurulatih Michael Feichtenbeiner untuk menjadikan kempen Selangor musim ini berjaya.

4. Baddrol Bakhtiar

Advertisements

Ramai menjangkakan bekas kapten Kedah Darul Aman (KDAFC) ini menjadi pemain satu kelab seperti Ryan Giggs dan Gary Neville. Tetapi Baddrol membuat kejutan dengan menyertai Sabah musim ini dan bergandingan dengan Datuk Ong Kim Swee. Walaupun sudah berusia 34 tahun, beliau masih berpengaruh di bahagian tengah dan menggondol anugerah pemain tengah terbaik musim lepas.

5. Kpah Sherman

Terengganu FC (TFC) merupakan pasukan terbaru yang disertai Kpah Sherman selepas MISC-MIFA, PKNS dan Kedah/KDAFC. Di setiap pasukan, beliau menjanjikan pulangan gol dan ia diharap dapat memacu cabaran TFC ke peringkat seterusnya. Sherman dijangka bergandingan dengan rakan penyerang Tchetche Kipre dalam kesebelasan utama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram