Ads
Limosin JDT Mampu Hasilkan Keuntungan Jutaan Ringgit, Peluang Penyokong Sertai Revolusi JDT
Bisnes
Johor Southern Tigers

Pelbagai cara kelab bola sepak memenuhi bajet mereka & memperoleh keuntungan dengan kreativiti kelab masing-masing mencari wang seperti limosin putih Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dianggarkan mampu meraih jualan jutaan ringgit.

Advertisements

Bola sepak adalah sukan yang jarang sekali menguntungkan para pemilik tetapi secara sah ia banyak memberi manfaat kepada pemain, penaja, rangkaian media, peminat dan peniaga kecil.

Advertisements

Setiap tahun, bola sepak disebut dengan jumlah wang yang tidak masuk akal sekaligus menimbulkan kebimbangan tentang betapa tingginya pembelanjaan permainan kulit bulat itu. Ini melangkaui pendapatan hari perlawanan, jualan barangan, kontrak penyiaran TV, dagangan pemain dan wang hadiah kemenangan.

Advertisements
Advertisements

Bagaimanakah pasukan bola sepak mampu membayar harga perpindahan yang terlalu tinggi dan memberikan pemain kontrak yang mewah tahun demi tahun? Bagaimana pula kelab bola sepak ini menjana wang dengan pelbagai cara. 

Kejayaan di atas padang juga mempengaruhi keupayaan pasukan untuk menjana pendapatan, yang mempunyai kesan ke atas penaja yang boleh mereka pikat dan akhirnya mempengaruhi daya tarikan komersial mereka. 

Advertisements

Lima kebiasaan hasil pendapatan kelab bola sepak antaranya ialah jualan tiket hari perlawanan, tajaan, jualan baju, hak penyiaran dan pasaran perpindahan pemain.

Akan tetapi, pendekatan sedikit berbeza digunakan oleh JDT yang secara kreatifnya berjaya menarik keuntungan dengan anggaran lebih sejuta ringgit setahun melalui limosin Hummer putih JDT.

Ini mengambil kira faktor cas berpatutan sekitar RM30 setiap orang selain sambutan hangat dalam kalangan pengunjung juga untuk menikmati menaiki kenderaan mewah menerusi “JDT Hummer Tour Stadium Sultan Ibrahim”.

JDT Hummer Tour di SSI ini beroperasi pada hari Jumaat hingga Ahad dan juga pada hari cuti umum bermula pada jam 11 pagi hingga 10 malam.

Ia menjadi antara tarikan utama para pengunjung dari dalam dan luar negara apabila mengunjungi Stadium Sultan Ibrahim.

JDT tahun ini memburu gelaran Liga Super buat kali ke-11 setelah sedekad mendominasi liga bola sepak Malaysia selain mengukuhkan kedudukan selaku 15 pasukan terbaik di Asia.

Advertisements

Pasukan milik DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor itu kini menghuni tangga ke-15 di Asia; merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara dan Malaysia ketika ini menurut data Opta Analyst.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram