Lion City Sailors Jadi ‘Lauk’ Tottenham Hotspur
Asia Tenggara
Tottenham Hotspur
Advertisements

Tottenham Hotspur bangkit dari ketinggalan gol awal sebelum membelasah kelab Liga Perdana Singapura (SPL), Lion City Sailors 5-1 dalam aksi pra-musim di Stadium Nasional Singapura.

The Sailors membuktikan mereka bukan lawan mudah apabila mendahului pada minit ke-14 menerusi Shawal Anuar.

Tersentak, anak-anak buah Ange Postecoglou bangkit memburu gol penyamaan. Son Heung-min menyangka telah menyamakan kedudukan pada minit ke-18 tetapi golnya dibatalkan kerana ofsaid.

Advertisements

Tetapi Spurs memastikan mereka mengikat kedudukan 1-1 menerusi sepakan penalti penyerang utama England, Harry Kane pada minit akhir babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, Richarlison yang masuk menggantikan Kane menyumbat dua gol dalam tempoh empat minit bagi menjadikan keputusan 3-1.

Advertisements

Bekas penyerang Everton itu boleh saja menambah dua lagi gol tetapi kedua-dua golnya dibatalkan kerana kesalahan ofsaid.

Bekas pemain pinjaman Villareal, Giovani Lo Celso memastikan Spurs selesa di hadapan menerusi gol keempat pada minit ke-73.

Advertisements

Anak-anak buah Aleksandar Rankovic berusaha menambah koleksi gol The Sailors. Tetapi sebaliknya, Richarlison melengkapkan hatrik pada minit ke-90 permainan bagi menjadikan keputusan 5-1.

Selepas ini, Spurs bakal menamatkan pra-musim mereka dengan melayan Shakhtar Donetsk pada 6 Ogos dan Barcelona pada 9 Ogos. Ini disusuli perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Brentford pada 13 Ogos ini.

Advertisements

Bagi Lion City Sailors pula, ia dilihat satu pendedahan yang baik bagi membantu mereka mengejar pendahulu SPL ketika ini, Albirex Niigata. Selepas ini, The Sailors bakal menentang Balestier Khalsa pada 31 Julai ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram