Lionel Messi Akan Tiba Di Arab Saudi Seawal Mac Ini
MakanBola
PSG
Sponsors

Pemenang Piala Dunia Qatar 2022, Lionel Messi difahamkan akan tiba di Arab Saudi tidak lama lagi selepas cabaran bersama PSG dalam saingan Liga Juara-Juara berakhir.

Pemain berusia 35 tahun itu dikatakan ‘hilang’ dalam perlawanan tersebut sekaligus ditunjukkan jalan keluar oleh Bayern Munich.

Ad

Walau bagaimanapun, menerusi satu kenyataan oleh Menteri Pelancongan Arab Saudi, Ahmed al-Khateeb mengumumkan pada hari Rabu bahawa Messi akan tiba di sana tidak lama lagi.

Ad

Kali terakhir pemain bola sepak Argentina itu hadir ke Arab Saudi pada Mei 2022 selepas beliau dinamakan sebagai duta pelancongan negara itu.

“Saya gembira mengalu-alukan duta pelancongan kami dan bintang Lionel Messi serta keluarga serta rakan-rakannya bulan ini dalam lawatan kedua beliau ke Saudi untuk menikmati destinasi pelancongan kami yang paling indah, berhubung dengan rakyat kami dan nikmati pengalaman yang unik!” al-Khateeb menulis dalam hantaran twitternya.

Ad

Sungguhpun kehadiran beliau hanyalah sekadar lawatan, bekas bintang Barcelona ini masih tidak dapat memastikan masa depannya setelah kontraknya difahamkan akan berakhir tidak lama lagi.

Ad

Sebelum ini, pesaing terdekat kelab Cristiano Ronaldo, Al-Ittihad difahamkan berminat membawa masuk Messi namun tidak dapat menawarkan gaji yang sama seperti diterima oleh Ronaldo di Al-Nassr.

Desas-desus mengenai masa depan beliau masih menjadi tanda tanya tatkala tiada apa yang perlu dimenanginya lagi setelah beraksi hampir 17 tahun di pentas bola sepak tertinggi Eropah.