Lionel Messi Nafi Dakwaan Anti Dengan Orang China
Asia
Inter Miami CF
Advertisements

Bintang bola sepak terkenal, Lionel Messi telah menafikan dakwaan beliau anti dengan orang China setelah tidak turun bermain dalam aksi persahabatan di Hong Kong.

Pasukan Inter Miami sebelum ini mengadakan beberapa aksi persahabatan di Asia seperti Arab Saudi, Hong Kong dan juga Jepun namun konflik tercetus apabila Lionel Messi tidak turun bermain sewaktu menentang Hong Kong XI.

Sebahagian penyokong yang hadir telah meminta wang mereka dikembalikan kerana Lionel Messi sekadar memanaskan bangku simpanan sepanjang perlawanan sedangkan rata-rata penyokong membayar harga tiket yang mahal untuk menyaksikan kelibat penyerang Argentina itu.

Advertisements

Lionel Messi menjelaskan bahawa beliau mengalami kecederaan dan tidak bermain bukan kerana tujuan politik untuk memalukan warga China.

“Saya tidak bermain bukan kerana sebab politik, jika kerana politik sudah tentu saya tidak akan datang ke Hong Kong. Seperti yang semua orang tahu, saya sentiasa mahu bermain dalam setiap perlawanan.” ujar Messi.

Namun perkara tersebut semakin keruh apabila Messi turun selaku pemain gantian ketika menentang Vissel Kobe di Jepun sedangkan 3 hari lalu beliau tidak beraksi di Hong Kong atas sebab kecederaan.

Advertisements

Rata-rata warga China dan Hong Kong serta beberapa ahli politik di negara berkenaan berasa tindakan Lionel Messi itu bertujuan untuk memalukan negara tersebut.

Malah China turut membatalkan penganjuran aksi persahabatan Argentina menentang Nigeria pada bulan Mac ini yang sepatutnya diadakan di Pusat Sukan Olimpik Hangzhou.

Hampir 38,000 penyokong yang hadir ke Stadium Hong Kong tempoh hari meminta agar wang mereka dikembalikan setelah membelanjakan hampir RM3,000 bagi sebuah tiket perlawanan.

Advertisements

Lionel Messi kemudian melakukan sebuah video penjelasan tentang sebab beliau tidak bermain sewaktu di Hong Kong kerana kecederaan dan turut menafikan dakwaan ingin memalukan warga China.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram