Lionel Messi Tidak Akan Beraksi Menentang Indonesia
MakanBola
Afaseleccion
Sponsors

Bintang Argentina, Lionel Messi dikhabarkan mungkin tidak akan beraksi bagi perlawanan persahabatan menentang Indonesia pada 19 Jun ini.

Perkara ini telah dikongsikan oleh seorang media daripada Argentina, yang menyatakan bahawa Messi tidak akan terbang ke Indonesia, sebaliknya akan diturunkan dalam perlawanan persahabatan menentang Australia. 

Ad

“Beliau hanya akan bermain perlawanan pertama menentang Australia, yang mana dia tidak akan pergi ke Indonesia untuk perlawanan itu pada 19 Jun,” kata Leoparadizo.

Ad

Perkhabaran ini bakal memberi satu tamparan besar terhadap peminta bola sepak Indonesia kerana rata-ratanya mahu melihat aksi Messi di tempat mereka.

Walaubagaimanapun, ramai lagi pemain- pemain berkelas dunia Argentina yang boleh peminat Indonesia lihat kelak.

Ad

Baru-baru ini, tiket aksi menentang Argentina telah habis dalam masa dua minit sahaja, ini menunjukkan sambutan yang luar biasa daripada peminat Indonesia.

Ad