Liridon Krasniqi Dilaporkan Bakal Ke Selangor
Transfer
Terengganu FC/ T. Avineshwaran
Advertisements

Pemain naturalisasi kedua negara, Liridon Krasniqi dilaporkan akan menyertai naib juara Liga Super 2023, Selangor FC bagi menghadapi saingan musim hadapan.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wartawan The Star, T. Avineshwaran dalam satu hantaran di laman X milik beliau.

Jurulatih Selangor, Tan Cheng Hoe dikatakan berminat untuk membawa masuk Liridon ke Selangor. Liridon pernah berada di bawah kendalian Cheng Hoe ketika kedua-duanya di Kedah pada musim 2015 hingga 2017.

Advertisements

“Difahamkan jurulatih Selangor Tan Cheng Hoe berminat untuk bersatu semula dengan bekas pemainnya di Kedah, Liridon Krasniqi.

“Kali terakhir pemain antarabangsa Malaysia itu bermain adalah untuk Terengganu dan mendedahkan bahawa dia sedang mencari cabaran baharu,” kongsi Avineshwaran di laman X.

Liridon telah melalui musim yang cemerlang bersama Terengganu musim ini selepas diturunkan dalam 28 perlawanan dalam kesemua pertandingan dan berjaya meledak 2 jaringan serta mencipta 2 bantuan gol.

Advertisements

Sebelum ini, Liridon telah memberitahu media bahawa beliau bakal meninggalkan Terengganu selepas tamat pinjaman selama semusim dari Johor Darul Ta’zim (JDT).

Dengan kontraknya bersama JDT telah tamat, tiba masanya untuk pemain kelahiran Kosovo itu mengatur semula karier beliau yang sebelum ini memperlihatkan beliau kerap dipinjamkan ke kelab-kelab luar negara sebelum dipinjamkan ke Terengganu musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram