Terengganu FC baru-baru ini telah melakar kejutan dalam pasaran perpindahan pemain apabila membawa masuk pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan kontrak pinjaman satu tahun.
Ini menandakan Liridon bakal mengisi slot pemain tempatan Terengganu bagi menghadapi jadual padat yang dijangka menanti skuad Sang Penyu musim ini selepas mereka turut bakal beraksi di dalam saingan Piala AFC.
Bagi Ketua Jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, beliau punyai sebab yang tersendiri mengapa membawa masuk Liridon dan bukannya pemain tempatan yang lain. Tomislav merasakan Terengganu memerlukan pemain tengah menyerang dan kemasukan Liridon diharap dapat memperkuatkan pasukan.
“Kami perIu saIing memahami sesama sendiri dan apa yang saya dapat Iihat, pasukan kami kekurangan seorang pemain tengah menyerang yang boIeh mencipta Iebih bahaya dan peIuang di depan gawang Iawan, yang boIeh membuat hantaran terakhir buat penyerang dan pemain sayap kami, juga menjaringkan goI.
“Saya fikir Liridon mampu mengisi kekurangan pasukan saya berdasarkan eIemen yang saya mahukan,” katanya seperti dilaporkan Terengganu11.
Terengganu dijangka akan memulakan musim 2023 dengan aksi mendebarkan iaitu perlawanan Piala Sumbangsih bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 24 Februari ini. Perlawanan tersebut akan dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, Johor.