Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi memberitahu bahawa semangatnya untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya masih berkobar-kobar.
Bintang kelahiran Kosovo ini sudah pun beberapa kali dipinjamkan ke luar negara sebelum akhirnya memilih untuk beraksi di Malaysia bersama Terengganu FC.
Mengulas lanjut, pemain yang mesra disapa ini mengakui masih rindukan aura bola sepak di Malaysia.
Malah, persediaan beliau bersama pasukan juga berjalan lancar dan kini mahu memberikan fokus untuk mencapai tahap kecergasan maksimum.
“Perjalanan setakat ini berjalan lancar, saya beruaha untuk kembali ke tahap yang terbaik secepat mungkin.”
“Saya berkata kepada isteri saya bahawa saya perlu pulang ke Malaysia, saya merindui penyokong dan ini membuatkan saya mahu kembali.”
Pemain pinjaman JDT ini juga mengakui sediah kerana tidak dapat membantu pasukan kebangsaan namun yakin pintunya sentiasa terbuka.
“Saya sentiasa mahu menjadi sebahagian daripadanya, bila-bila masa sahaja kamu akan terpilih dan saya akan terus bekerja keras,” jelasnya dalam satu temubual bersama Harimau Malaya.
Beliau telah membantu pasukan menjalani latihan dan aksi pra-musim di Thailand dan kini membuat persediaan menjelang aksi Piala Sumbangsih menentang JDT, Jumaat depan.