Ads
Liga Super
JST

Selepas tewas dalam aksi suku akhir kedua ketika berdepan Kuching City, perjalanan Sang Kenari terhenti dalam saingan Challenge Cup 2023.

Advertisements

Anak buah kendalian Nafuzi Zain terpaksa akur, tewas 0-1 ketika suku akhir pertama dan sekali lagi tewas 0-3 kepada Kuching City di laman sendiri, malam semalam.

Advertisements

Kekalahan itu turut mendapat perhatian bekas pemain Kedah, Liridon Krasniqi yang mendoakan kemajuaan pasukan itu. Liridon yang kini bersama Terengganu yakin bahawa pasukan kendalian Nafuzi Zain itu mampu menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Advertisements

Advertisements

“InsyaAllah, saya doakan agar Kedah terus menjadi lebih baik pada masa akan datang. Kekal konsisten,” tulis Liridon di ruangan komen Instagram.

Kedah kini menumpukan sepenuh fokus kepada saingan Liga Super dalam perebutan tempat kedua liga seterusnya memburu slot ke pentas Asia.

Advertisements

Sang Kenari kini menghuni tangga ketiga, lima mata dibelakang Selangor yang berada di kedudukan kedua. 15 kemenangan, 2 seri dan 5 kekalahan telah dicatat skuad kendalian Nafuzi Zain dalam saingan Liga Super 2023.

Advertisements

Kedah bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan pada 28 Oktober kelak. Perlawanan tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Darul Aman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram