Ads
Liga Super
Terengganu FC

Perancang tengah Terengganu FC, Liridon Krasniqi teruja untuk kembali semula ke Stadium Darul Aman bertemu bekas kelabnya, Kedah Darul Aman.

Advertisements

Beliau yang memulakan kariernya di sana pada tahun 2015 sudah bersedia sekiranya ketua jurulatih mahu meletakkannya dalam kesebelasan utama pasukan Sabtu ini.

Advertisements

“Sekiranya saya diturunkan jurulatih, saya mahu memperagakan corak permainan terbaik bagi membantu pasukan melakar kemenangan pertama walaupun saya akui bukan tugas mudah untuk menumpaskan lawan.”

Advertisements

Advertisements

Pemain pinjaman dari JDT ini juga mahu rakan sepasukannya segera melupakan kekalahan berdepan JDT tempoh hari dalam misi mendapatkan tiga mata penting kali ini.

“Kekalahan itu menjadi pengajaran berguna buat kami, kita tahu JDT adalah pasukan yang terbaik, apa-apapun pemain sudah berikan yang terbaik.”

Advertisements

“Kami kalah tapi kami belajar, kami akan bangkit kembali pada perlawanan menentang Kedah nanti,” katanya menerusi Berita Harian.

Advertisements

Kepulangan pemain naturalisasi negara ini juga mendapat perhatian para penyokong tanah air tatkala beliau dapat membantu untuk menambah kreativiti di bahagian tengah skuad yang beraksi dalam Piala AFC tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram