Live: Bahrain vs Malaysia, Kesebelasan Utama & Siaran TV Piala Asia Bola Sepak Pantai
MakanBola
FA Malaysia

Hari perlawanan pertama Piala Asia Bola Sepak Pantai bakal menyaksikan Bahrain vs Malaysia pada Jumaat.

Diundi di dalam kumpulan D, skuad negara kendalian Saiful Md Noor bakal berdepan cabaran dari dua bekas juara Asia iaitu Bahrain (2006) dan Oman (2015) selain negara jiran, Vietnam.

Seramai 12 orang pemain Harimau Malaya dibawa pada edisi kali ini untuk membawa cabaran negara dengan diketuai oleh Hafizal Alias yang juga merupakan bekas pemain Terengganu FC.

Ad

Menurut salah seorang pemain, Faisal Saharuddin, aksi pada Jumaat menentang Bahrain amat penting buat skuad negara merangka perjalanan untuk ke pusingan seterusnya selepas ini.

Ad

“Perlawanan pertama (berdepan Bahrain) ibarat perlawanan final sebab perlawanan pertama (jadi) penentu kita layak ke pusingan kedua atau pun sebaliknya,” kata Faisal Saharuddin kepada FAM.

Kesebelasan Utama Bahrain vs Malaysia

Ad
Ad

Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.

Ad

Info Siaran Langsung Bahrain vs Malaysia

Tarikh: 21 Mac 2025 (Jumaat).
Masa: 9.30 malam.
Venue: Jomtien Beach Arena, Pattaya.
Siaran Langsung: Facebook & Youtube Futsal Thailand.

Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments