Live: China vs Malaysia, Senarai Pemain & Siaran TV Sudirman Cup
UltraSukan
BA Malaysia
Sponsors

Malaysia bakal mengharungi cabaran sukar dalam Sudirman Cup 2025 apabila diundi bertemu China di peringkat suku akhir.

Cabutan undi suku akhir dibuat selepas tamat saingan peringkat kumpulan kejohanan pada 1 Mei.

Ad

Malaysia menamatkan kempen Kumpulan C selaku naib juara. Ini selepas skuad negara tewas 3-2 kepada Jepun dalam aksi terakhir kumpulan.

Ad

Malaysia perlu mempamerkan aksi cemerlang jika ingin mara ke peringkat separuh akhir. Ini ditambah dengan status China selaku juara tiga edisi terakhir Sudirman Cup.

Senarai Pemain China vs Malaysia

Saingan beregu campuran bakal menemukan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dengan beregu nombor dua dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping.

Ad

Selepas berjaya menjinakkan Kodai Naraoka, Leong Jun Hao berdepan tugas lebih sukar. Ini kerana lawannya selepas ini ialah pemain nombor satu dunia, Shi Yu Qi.

Ad

Pemain nombor tujuh dunia, Chen Yu Fei bakal menanti K. Letshanaa dalam perseorangan wanita. Pertembungan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dengan Liang Wei Keng-Wang Chang disifatkan buku bertemu ruas.

Ad

Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah bakal menentang beregu nombor satu dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.

Info Siaran Langsung China vs Malaysia

Tarikh: 2 Mei 2025 (Jumaat).
Masa: 9.30 Pagi
Venue: Gimnasium Fenghuang, Xiamen, China.
Siaran Langsung: Astro Arena 2, Astro Badminton & BWF TV

Keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments