Aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 melibatkan China dan Indonesia mencuri tumpuan.
Pemain sayap China, Wei Shi hao yakin pasukannya sudah bersedia dan mahu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri.
Beliau juga yakin para pemain China sudah mendapat motivasi terbaik untuk perlawanan kali ini.
China bakal turun dengan barisan terkuat dalam misi mengutip kemenangan pertama untuk kempen kali ini.
“Kami bermain dengan lebih baik sekarang dan kami berusaha menyesuaikan diri dengan taktikal daripada ketua jurulatih. Semua orang pasti akan melihat perubahan China dalam perlawanan menentang pasukan Indonesia nanti,” ujar Wei Shihao.
Ketua Jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong memberitahu bahawa lawannya itu lebih gemar menggunakan pendekatan defensif dan menjadi cabaran buat anak buahnya.
“Saya melihat China saat ini berdepan banyak pasukan Asia yang lebih kuat sering menggunakan strategi bertahan lebih rendah.
“Mereka berjaya menunjukkan aksi yang cukup baik,” katanya.
Rekod Pertemuan China vs Indonesia
China memiliki kelebihan dari segi rekod apabila menumpaskan Indonesia 5 daripada 6 perlawanan terakhir.
Kemenangan terbesar adalah pada tahun 2004 apabila China menundukkan Timnas Indonesia di Piala Asia dengan keputusan 5-0.
Indonesia hanya seri sekali pada tahun 2013 namun prestasi semasa memberikan kelebihan buat Sang Garuda melakar kemenangan.
Kesebelasan Utama China vs Indonesia
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung China vs Indonesia
Tarikh: 15 Oktober 2024 (Selasa)
Masa: 8 Malam
Venue: Stadium Qingdao, China.
Siaran Langsung: Astro Arena
Sebarang keputusan perlawanan akan dikemas kini secara masa sebenar (real time) di MakanBola.com.