Final Piala Malaysia menjadi tumpuan pada Sabtu dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) vs Sri Pahang di Bukit Jalil.
Perlawanan akhir yang ditunggu-tunggu kini akhirnya tiba jua dengan juara bertahan Piala Malaysia, JDT akan bertemu Sri Pahang sebelum menutup tirai saingan Liga Malaysia musim 2024-2025.
Pertemuan ini pastinya menjadi tumpuan ramai, mengimbau kembali aksi final sedekad lalu yang turut menemukan dua pasukan ini dengan kemenangan memihak kepada Pahang ketika itu.
Oleh itu, JDT tentunya turun dengan misi membalas dendam di atas kekalahan dulu berbekalkan status mereka kini selaku pasukan pilihan yang juga juara Liga Super 11 kali berturut-turut.
Manakala Sri Pahang pula sedikit tempang pada aksi final kali ini kerana akan kehilangan sentuhan Kpah Sherman dan juga Manuel Hidalgo akibat penggantungan serta status pemain pinjaman.
Kesebelasan Utama JDT vs Sri Pahang
Info Siaran Langsung JDT vs Sri Pahang
Tarikh: 26 April 2025 (Ahad)
Masa: 9.00 Malam
Venue: Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Siaran Langsung: Astro Arena.
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.