Aksi tumpuan Kelayakan Piala Asia Wanita antara Korea Utara vs Malaysia yang akan menjadi detik penting kepada Malayan Tigress.
Skuad kebangsaan bakal turun dalam aksi terakhir kumpulan H Kelayakan Piala Asia Wanita 2026 selepas merekodkan dua kemenangan dalam aksi awal ke atas Palestin dan Tajikistan.
Walau bagaimanapun, tugas sukar menanti anak-anak buah Joel Cornelli apabila akan menentang pasukan ke-9 dunia, Korea Utara yang juga juara Asia sebanyak 3 kali sebelum ini.
Menurut Joel Cornelli, skuad wanita negara ketika ini berada di tahap terbaik dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi Korea Utara selain percaya usaha keras selama ini akan beri hasil.
”(Pasukan) di tahap yang terbaik dan saya percaya kita bakal beri persembahan hebat sebab para pemain Malaysia berhak meraih ganjaran atas kerja keras mereka (layak ke Piala Asia Wanita),” katanya.
Kesebelasan Utama Malaysia vs Korea Utara
Akan dikemas kini sejam sebelum perlawanan.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Korea Utara
Tarikh: 5 Julai 2025 (Sabtu).
Masa: 10.00 Malam (waktu Malaysia).
Venue: Stadium Central, Dushanbe, Tajikistan.
Siaran Langsung: Youtube Football TV Tajikistan.