Aksi pertama Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 melibatkan pertemuan antara Malaysia vs Nepal.
Ujian pertama buat pengendali baharu, Peter Cklamovski yang sudah pasti mahu membuka lembaran cemerlang bersama Harimau Malaya.
Skuad negara sudah menjalani kem latihan pusat sejak 17 Mac yang lalu sementara Nepal berjaya melakar kemenangan 1-0 ke atas Singapura.
Nepal pula tidak mahu berputih mata di tempat lawan dan mahu memulakan kempen dengan 3 mata pertama.
”Jika kami dapat satu mata, saya berpuas hati tetapi kami tak membentuk pasukan hanya untuk seri, itu adalah permainan bola sepak yang negatif,” tegas Matt Rose.
”Saya juga percaya saya berada di posisi ini kerana saya telah berjanji untuk membawa bola sepak yang menarik dan menyerang,” tambahnya.
Rekod Pertemuan Malaysia vs Nepal
Kali terakhir aksi Malaysia vs Nepal adalah aksi persahabatan yang berlangsung pada 2 Jun 2019. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Harimau Malaya.
Penalti Safawi Rasid dan gol Shahrul Saad memastikan kemenangan berpihak kepada pasukan yang dibimbing Tan Cheng Hoe ketika itu.
Rekod ini tidak termasuk perlawanan tidak rasmi skuad negara dengan Nepal pada Mac 2024 tatkala Malaysia menewaskan Nepal 5-1.
Jumlah Mata & Ranking FIFA Malaysia vs Nepal
Menang: +8.43 mata
Jumlah: 1123.45
Seri: -4.07 mata
Jumlah: 1110.95
Kalah: -16.57 mata
Jumlah: 1098.45
Kesebelasan Utama Malaysia vs Nepal
Akan dikemas kini sejam sebelum aksi bermula.
Info Siaran Langsung Malaysia vs Nepal
Tarikh: 25 Mac 2025 (Selasa)
Masa: 10 malam
Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Siaran Langsung: Astro Arena Bola
Keputusan perlawanan akan dikemas kini di MakanBola.com.